KELONG PARADISE WATERFRONT RESORT
MESYUARAT MTSU DAN AKTIVITI MANCING SANTAI
PADA 11 DAN 12 APRIL 2021 ( AHAD DAN ISNIN )
Pertama kali sampai di Jeti Kelong Paradise di Pantai BNO Sabak Bernam.Orang pertama sampai secara solo dari Kuala Selangor, sekarang ini bangunan di jeti turun dan naik di selenggara oleh Majlis Daerah Sabak Bernam.
Jeti Kelong Paradise di Pantai BNO Sabak Bernam dengar cerita akan di baik pulih oleh MDSB dan dengar juga akan membeli 2 buah bot yang selesa untuk ke Kelong Paradise mungkin akan beroperasi selepas hari raya.
Berurusan dengan pembekal umpan hidup, mudahnya ode dan tunggu saja di jeti Kelong Paradise, harga pada itu adalah seringgit sekor umpan udang hidup, kalau tak silap ari tu ada ode 300 ekor, boleh call Napi 010-4392180
Abang Rozmi bin Mohamad Idrus, dari JKR TUDM Subang
Saudari Suriani binti Mohd Yatim dari JKR Sabak Bernam dan Saudari Ayu Khurshiah binti Mohamad dari JPS Kuala Selangor
Saudara Pengerusi MTSU Cawangan Selangor iaitu Encik Mohd Azmi bin Abd Rahman dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC ) SHAH ALAM dan saya Aziz bin Samat dari Pejabat Daearah Kuala Selangor
Saudara Norakmal bin Maamor dari Pusat Latihan Tinggi ( ADTEC ) Shah Alam
merangkap MC kita pada hari kejadian, tahniah kerana mencerikan lagi majlis
Saudara Mohd Ibrahim bin Rahmad dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor Shah Alam, siapa last kunci pintu..
dan Saudara Muhamad Zulkifli bin Musa dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Selangor, Shah Alam. Sebahagian dari AJK MTSU Cawangan Selangor Seisi 2019/2022 bermesyuarat di Kelong Paradise Waterfront Resort, Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor.
kalau tak silap ini adalah sampan yang kedua berlepas dari Jeti Kelong Paradise Sabak Bernam, Selangor
air pasang ketika sampai pada jam 3.30 petang hari ahad, memang sesuai untuk mancing, tapi tarikh pergi ni adalah air besar dan keadaan arus yang laju tidak sesuai untuk batu ladum yang kecil
jangan putus asa, leh cuba lagi..
masih mencuba mencari hasil yang paling banyak waktu orang lain semua tidur..
maaf team Haji Jai dari JKR Sabak Bernam, Pak Uteh tak sempat nak bertanyakan nama anda semua nanti jumpa lagi sekali kenalkan nama ya..
tahniah kepada semua pemenang, yang tak menang jangan putus asa, kita jumpa lagi pada bulan Ogos, bagi Pak Uteh anda semua adalah JUARA