Trip Santai dan Penutup 2019 di Jeti Bagan Sg Lima..
Abang Raja, Mat Diah dan saya..
Sabtu dan Ahad ( 7 dan 8hb. December 2019)
Saya dan Mat Diah dari Kuala Selangor, Sementara Abg Raja dari Kuala Lumpur.
sarapan pagi dulu, mengisi perut yang kosong di Mek Kelantan di Pelabuhan Selatan, samapi di situ pukul 8.00 pagi..
Berkenalan dengan Mat Melaka, katanya dia dan kawan2nya akan ke green way tapi balik hari..
Dalam Bot, sementara menunggu bot penuh..
keluar balik dari bot, melihat ada grup pemancing lain menaiki bot..
tak jadi naik alibaba kul 9.30, sebab dah ada speed bot..
transitkan Mat Melaka dan kawan kawannya di green way
Bot meneruskan perjalanan dari green way ke Jeti Bagan Sungai Lima
pukul 10.00 dah sampai di Jeti Bagan Sungai Lima, setting pelbagai barang2 yang di bawa
Mat Diah paling awal setting, baru pertama kali datang ke sini setelah banyak kali di hasut..
Abang Raja tidak jemu jemu datang sungai lima, ada juga grup lain naik sama pada awal pagi sabtu
Syukri berbaju kelabu dari Petaling Jaya adalah penghuni tetap sungai lima, semua org bagan sudah kenal dengan nya..pemancing paling rajin dan tak diam tangan..memang paling aktif, menjala, mengetam, mengoyan dan selalu bawa hasil yang memuaskan..
Bekalan makan tengahari dan malam telah di bawa dari rumah..lepas untuk 4 orang..
Mudah nya di sg lima ada meja dan kerusi batu sebanyak 4 set..
tengah memikirkan untuk menukar set reel yang baru sementara mendapat bonos hujung tahun..
Ikan pertama kurang lebih pukul 11 pagi berjaya di daratkan oleh Mat Diah seberat 1 kilo ++
Muka atat senyum, pertama kali datang, terus dapat lesen besar..tahniah bro..
Abang Raja tumpang gembira..ini lah hasil yang selalu rakan2 pemancing lain dapat di sungai lima
Ikan daun baru orang punye..tapi sudah belit sana sini..stedi Mat kasi settle..
orang punye, minta kebenaran ambil gambar..jenahak 1 kilo ++
Abang Raja pakar memancing kitang sehingga di gelar Raja Kitang..saya telah lulus lesen memancing kitang yang di turunkan ilmu dan teknik kepada saya. cuma ikatan perambut dan mata tu saya belum buat..
kena pegang dengan kain ye..2 ekor belukang tu org punye..
ini hasil kitang sungai lima oleh Abang Raja..
waktu malam di sg lima, maaf gambar dah adjust jadi cam tu juga..
Abang Raja dengan tankapan ikan bawal..
saya dapat ..tapak sulaiman,
Ahad pagi kami dah berkemas kemas untuk pulang ke destinasi masing2, pukul 2 ptg sampai di kuala selangor dan KL. Sekian Trip Santai dan Penutup Jeti Bagan Sungai Lima. Jumpa lagi pada masa masa akan datang.