Kejuruteraan Semulajadi, Bagaimana Burung Membina Sarang Menggunakan Lumpur Serta Berkat Kesabarannya Membina Sarang Di Luar Tingkap..
Selalu kita sering disajikan dengan kehebatan kejuruteraan hebat yang menghasilkan bangunan tertinggi di dunia, bangunan paling canggih di dunia dan pelbagai lagi.
Namun kita perlu sedari, sebaik-baik ciptaan tuhan adalah manusia dan sudah pasti dikurniakan akal fikiran yang hebat untuk menghasilkan sesuatu.
Tapi, pernahkah kita terfikir ada juga makhluk lain dalam menghasilkan kejuruteraan yang hebat walaupun tidak setanding dengan kehebatakan ciptaan manusia.
Kalau dari segi logik akal, bagaimana seekor burung tiada akal akan mampu membina sarang mereka dengan bentuk yang hebat sekali seperti burung mempunyai idea untuk membina sarangnya dengan penuh kesabaran dan ketekunan. Agaknya berapa kali burung tersebut berulang alik berkali kali untuk menyiapkan sarang, mungkinkah dapat di siapkan sebulan, dua bulan mungkin, itu tak pasti. Mungkin juga di bantu oleh pasangan burung tersebut.
Mari kita saksikan kehebatan pembinaan sarang burung yang hebat ini di mana pada mulanya ianya hanya kelihatan biasa-biasa sahaja. Tapi apabila siap sarangnya ia seolah-olah satu keajaiban apabila sarang tersebut dibina siap dengan dinding penghadang angin atau dalam bahasa mudahnya bilik di mana menjadi ruang si ibu bertelur dan mengeram tanpa gangguan cuaca di luar.