Thursday, 3 September 2015

BY PASS


BY PASS PIPING

Biasanya by pass paip ini di buat atas sebab sebab paip yang sedia ada dalam bangunan atau bawah bangunan mengalami kebocoran akibat daripada mendapan tanah atau paip paip penyambung mengalami kebocoran atau gamnya sudah lekang..

Setelah mendapat job ini, kita cadangkan dengan tuan rumah membuat sistem baru terus dari meter dengan membeli poly paip mengikut panjang yang telah di ukur..membeli penyambung2nya dari depan, naik ke tangki dan terus ke sinki dapur..



















WATER TANK


WATER TANK SERVICE

Kerja kerja untuk membersihkan tangki simpanan air rumah kediaman. Biasa air yang masuk ke dalam tangki simpanan air, lama kelamaan akan meninggalkan kesan karat yang terdapat di dasar tangki air...Seelok eloknya pemilik hendaklah mencucinya 3 bulan sekali dengan memasang penapis air berhampiran paip meter hadapan untuk mengurangkan kekotoran di dalam tangki air...

Untuk service kita perlu memanjat untuk sampai ke tangki simpanan air, setelah membuka penutup poly tank, pastikan air sudah di kosongkan dengan membuka pili pili air bilik air sambil menghentikan air yang masuk..baharulah kita mencucinya dengan menggunakan sabun dan batang mop..kita mop keseluruhan dasar tangki, tepi tangki sehingga benar2 bersih..

Selepas sudah di bersihkan kita buka paip out let di luar tangki dan membuka air yang masuk ke dalam tangki..tunggu sehingga air sudah di dasar tangki sudah betul betul jernih..barulah kita tutup paip out let..dan boleh menutup penutup tangki air..dan membawa semua peralatan turun...siap dah kerja membersih tangki air...





















  

MAIN HOLE

MAIN HOLE SERVICE

Kerja kerja untuk membaiki saluran tersumbat  gully trap, floor trap, main hole di sebabkan oleh sisa sisa makanan daripada sinki dan sampah seperti rambut dari semua bilik2 air dan mangkuk2 tandas...ada juga berus gigi, berus sabut, penutup shampo, kain2 buruk dan sebagainya..jika air melimpah ke atas lantai atau lubang tandas tak turun airnya bermakna semua floor trap dan mangkuk tandas perlu di servis semua saluran...

Pertama sekali main hole cover kena di buka, lubang gully trap (di luar rumah belakang) perlu di buka dan dijolok, lubang floor trap perlu di buka dan di jolok..Menjolok semua lubang yang terdapat di dalam main hole, kalau tak silap ada tiga ataupun empat lubang, sambil sambil menjolok, kita buka pili paip di semua bilik2 air, paip sinki, kena korbanlah sikit buang air bersih dan nantikan bahan2 yang akan keluar...

Kerja kerja ini memang terasa sikit kotornya dengan baunya yang kurang enak, di galak memakai sarung tangan dan penutup hidung...memang perghh baunya..lebih kurang 1 atau 2 jam boleh di siap bergantung pada keadaan...alatan2 yang perlu di bawa adalah sarung tangan, penutup hidung, kain buruk, sabun basuh tangan, batang2 penjolok, pengumpil main hole, acid (jika perlu)...

Setelah pemilik rumah puas hati, airpun tidak tersekat sekat dan mengalir laju, baharulah kita menutup kembali main hole, gully trap, floor trap dan bolehlah berbincang harga kasih sayang dengan pemilik rumah...biasanya perumahan2 baru akan tersumbat dalam masa 5/6 tahun (jangkaan saya), bergantung kepada pemilik rumah punya tatakelola penggunaannya...